ROUND 6 (FINALE) - SEPANG, SELANGOR | 22 -23 NOVEMBER 2008   
 
 

FIA RALLY
CHAMPIONSHIPS
REGULATIONS
 
NEWSFLASH

 NEWS

Perodua M5 tunjuk taring
Berita Harian, 4/8/2008

Bukti mampu mencabar pasukan guna kereta berkuasa besar

PERODUA M5 terus membuktikan bahawa mereka mampu mencabar pasukan yang menggunakan kereta berkuasa besar dalam Kejuaraan Rali Malaysia 2008 selepas Myvi 4WD Turbo berjaya mendahului Mitsubishi Lancer Evolution yang dipandu pemandu veteran Gunaseelan Rajoo pada pusingan keempat di Desaru, Johor, semalam.

Pemandunya, Kan Chee Hong dan juruarah, Wayne Cheah memulakan hari terakhir rali di tempat ketiga selepas dikenakan penalti 70 saat akibat terlewat keluar dari kawasan servis semasa hari pertama yang menyebabkan mereka ketinggalan 22 saat di belakang Gunaseelan.

Permulaan yang baik pada hari kedua membolehkan mereka mengejar dan memintas Gunaseelan selepas SS9 dan dan terus mengekalkan kedudukan sehingga akhir rali di SS12 dengan kelebihan masa satu minit 49 saat.

“Hari kedua bermula tanpa masalah dan Kan dapat menggunakan kelajuan dan ketangkasan Myvi 4WD Turbo kami dengan baik untuk mencatat masa yang pantas sepanjang hari.

“Kami memandu dengan laju tetapi berhati-hati kerana laluan hari kedua juga sempit dan berliku,” kata Cheah.

Laluan yang sukar dan mencabar di Desaru menyebabkan empat peserta terkeluar pada hari pertama. Ini menyebabkan Gunaseelan serta pemandu lain turut memandu berhati-hati untuk membolehkan Kan dan Cheah mengejar kedudukan.

Perodua Viva 4WD Turbo yang mengalami kerosakan teruk selepas melanggar pokok kelapa sawit semalam juga berjaya menghabiskan perlumbaan hari kedua walaupun pemandu Lim Leong Onn dan juruarah Khairul Anuar Mohd Razzali terpaksa bergelut dengan kereta mereka.

“Selepas mekanik menggantikan komponen yang rosak akibat kemalangan semalam, kami belum dapat menala suspensi dengan sebaik mungkin dan ini menyebabkan Viva 4WD Turbo agak sukar dikawal pada hari kedua.

“Lim memandu dengan sepantas mungkin sambil cuba untuk memperbaiki talaan dan prestasi kereta menjadi lebih baik selepas kami memasuki kawasan servis di sebelah pagi, bagaimanapun ia tidak dapat menandingi kemampuan Viva ini sebelum pelanggaran,” kata Khairul Anuar.

< BACK



ROUND 6 RELATED INFO

Getting there...

By Car
From NPE, drive to Kuala Lumpur Putrajaya Highway and look for KLIA direction. All SS venues are near to Sepang F1 Circuit and Kuala Lumpur International Airport.

Host Venues

 

JAYA ONE
(Rally Headquarters)
JAYA ONE
No. 72A, Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya,
Malaysia

Click here to view Location Map




Best View With Internet Explorer 5.0+, 1024x768 Resolution, Medium Font Size.
© WHEEL SPORT MANAGEMENT SDN BHD. All Rights Reserved.