Karamjit
sasar pertahan kejuaraan (BM)
Utusan Malaysia, 26/5/2008
KUALA LUMPUR - Jaguh rali
negara, Karamjit Singh kembali berada di landasan terbaik
untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Rali Malaysia apabila
menjuarai pusingan kedua yang berakhir di Perlis, Ahad lalu.
Karamjit bersama juru arahnya, Jagdev
Singh memenangi perlumbaan dua hari itu dengan mudah apabila
menamatkan saingan dalam masa 2 jam, 6 minit, 37 saat.
Gandingan tersebut, yang memandu Mistubishi
Evo 8 mengatasi pemandu GSR Pennzoil , Gunaseelan Rajoo
dan juruarah, Jayaselan Rajoo yang mencatat masa 2'15:17.
Ini merupakan kemenangan pertama buat
gandingan Karamjit-Jagdev musim ini selepas menamatkan perlumbaan
di tangga kedua pada pusingan pertama di Bahau, Negeri Sembilan,
Mac lalu.
Juara pusingan pertama, Lim Leong
Onn dari pasukan Perodua M5 mengalami masalah turbo pada
peringkat khas (SS) kedua, menyebabkan dia kehilangan banyak
masa.
Walaupun masalah itu berjaya diatasi,
namun kereta Viva yang dipandu Leong Onn bersama juruarah,
Mohd. Kamarul Anuar Mohd. Razzali mengalami masalah pendawaian
di SS lima, sekali gus tersingkir daripada saingan.
Selain dipenuhi drama, perlumbaan
yang berlangsung di ladang tebu Perlis itu turut menyaksikan
peserta wanita tunggal, Kancana Nanda Kumar menghabiskan
rali buat kali pertama.
Ini merupakan kali ketiga Kancana
selepas kali pertama mengambil bahagian pada pusingan akhir,
juga di Perlis, tahun lalu.
< BACK
|