ROUND 6 : ANCOM MALAYSIAN RALLY 2008 | 10 - 12 OCTOBER 2008
NEWSFLASH

NEWS
OTHER INFO

Editors and writers, for more information about this press release please contact:

Ms Diane Barton
Media Director MR8
+6017 286 2208
diane@malaysianrally.com


Crocker unggul
Harian Metro, 13-10-2008

CODY Crocker dari pasukan Rali Motor Image (MIRT) menepati ramalan apabila mengungguli pusingan keenam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC), Rali Malaysia ANCOM 2008 (MR8) di kawasan gugusan Felda Bandar Tenggara, Johor, semalam.

Kemenangan itu meletakkan peluangnya untuk mempertahankan kejuaraan yang diunggulinya sejak dua tahun lalu semakin cerah.

Cody dari Australia memandu Subaru Impreza WRX berjaya menamatkan saingan kategori APRC dengan catatan masa dua jam 55 minit 24 saat mengatasi pencabar, Hiroshi Yanagisawa dari Cusco Racing di tempat kedua.

Kejohanan yang bermula kelmarin turut menyaksikan dominasi MIRT apabila mengungguli tempat ketiga melalui pemandu keduanya, Rifat Sungkar dari Indonesia.

“Saya puas kerana gandingan hebat bersama Ben Atkinson sebagai pembantu pemandu berjaya menguasai perlumbaan sepenuhnya serta kini berada dalam kedudukan selesa apabila pungutan mata yang diperoleh menjarakkan kami dengan pasukan lain.

“Perlumbaan selama dua hari ini memberikan tekanan besar kepada saya untuk mempertahankan kejuaraan kerana laluan licin akibat hujan lebat yang menyukarkan pemanduan dan saingan hebat daripada pelumba lain,” katanya.

Dalam kejohanan sama, Crocker juga berjaya mengungguli kategori MR8 mengatasi pencabar, Yanagisawa dan pemandu Reece Jones Rallisport, Mark Tapper.

Tapper pula berjaya memenangi kategori Pemandu Bintang Pirelli selepas menunjukkan persembahan konsisten sekali gus melayakkan diri menyertai Kejohanan Rali Dunia (WRC) 2009 manakala Yanagisawa menjuarai kategori Piala Asia.

Sementara itu, pelumba negara, Karamjit Singh yang memandu Mitsubishi Lancer Evo 8 muncul juara pusingan kelima Kejohanan Rali Malaysia (MRC) selepas berjaya mengatasi saingan Arjun Rao dari India (kedua) dan seorang lagi wakil negara, Gunaseelan Rajoo (ketiga), dengan catatan masa dua jam, 24 minit, 38 saat.

 
Best View With Internet Explorer 5.0+, 1024x768 Resolution, Medium Font Size.
© WHEEL SPORT MANAGEMENT SDN BHD. All Rights Reserved.