ROUND 6 : ANCOM MALAYSIAN RALLY 2008 | 10 - 12 OCTOBER 2008
NEWSFLASH

NEWS
OTHER INFO

Editors and writers, for more information about this press release please contact:

Ms Diane Barton
Media Director MR8
+6017 286 2208
diane@malaysianrally.com


Crocker juara Rali Malaysia, APRC
Utusan, 13-10-2008

KUALA LUMPUR - Pemandu Subaru, Cody Crocker mengesahkan kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) buat kali ketiga berturut-turut selepas menjuarai pusingan kelima perlumbaan Ancom Rali Malaysia di Johor, semalam.

Ancom Rali Malaysia merupakan pusingan keenam dalam kalendar APRC yang masih berbaki satu pusingan di China pada 8-9 November ini.

Bagaimanapun, dengan pemandu Jepun, Katsu Taguchi memilih untuk tidak mengambil bahagian di China, Crocker sudah boleh mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Taguchi mengatasi Crocker dengan kelebihan enam mata pada kedudukan APRC sebelum perlumbaan bermula, namun, semalam pemandu Mitsubishi itu gagal menamatkan saingan.

Crocker dan juru arahnya, Ben Atkinson memenangi saingan dengan catatan masa keseluruhan dua jam 55 minit, 24 saat.

Pemandu pasukan Cusco, Hiroshi Yanagisawa dan juru arah, Yoshimasa Nakahara, yang turut memandu Subaru menduduki tempat kedua, diikuti rakan sepasukan Crocker, Rifat Sungkar dari Indonesia.

"Saya berdepan tekanan hebat untuk menamatkan perlumbaan tanpa melakukan kesilapan, ia tidak mudah dengan keadaan perlumbaan yang sukar.

"Bagaimanapun, pada akhirnya kami sangat gembira dan tiada lagi yang lebih menggembirakan daripada kemenangan ini,'' kata Crocker yang memandu untuk pasukan MotorImage.

Taguchi mendahului Crocker dengan kelebihan enam mata pada kedudukan APRC sebelum perlumbaan bermula, namun dengan kegagalannya mengutip mata pada saingan di Johor, ia memudahkan Crocker mendominasi pentas.

Pada ketika Rali Malaysia menjadi penampilan terakhir Taguchi musim ini, Crocker sebaliknya akan beraksi pada pusingan terakhir di China, bulan depan meskipun sudah mengesahkan kejuaraan.

"Kami akan menggunakan perlumbaan di China untuk menguji kereta, lagi pun kami berpeluang bersaing dengan pemandu seperti Dean Herridge yang sering memberi cabaran hebat,'' kata Crocker.

Sementara itu, pemandu Mitsubishi, Mark Tapper dan Jeff Judd dari New Zealand muncul pemenang kategori Star Driver Pirelli selepas mencatat masa 3'2:57 saat pada peringkat kedua.

Kemenangan tersebut melayakkan Tapper untuk beraksi pada Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 2009.

Dalam kategori Rali Malaysia (MRC) pula, jaguh negara, Karamjit Singh muncul juara, meninggalkan pemandu India, Arjun Rao di tempat kedua.

Walaupun MRC dan APRC berlangsung serentak, namun cabaran yang diharungi pemandu adalah berbeza yang mana peserta MRC tidak perlu beraksi pada peringkat khas (SS) tujuh dan lapan yang dibatalkan kerana cuaca buruk.

 
Best View With Internet Explorer 5.0+, 1024x768 Resolution, Medium Font Size.
© WHEEL SPORT MANAGEMENT SDN BHD. All Rights Reserved.