Misi
M5 tidak kesampaian
Berita
Harian , 13-10-2008
HARAPAN pasukan
Rali Perodua M5 untuk mengutip mata kejuaraan di pusingan
kelima, Kejuaraan Rali Malaysia yang berlangsung di Kota Tinggi
tidak kesampaian selepas ketiga-tiga jentera mereka gagal
menyudahkan cabaran rali hari kedua, semalam.
Kegagalan ini dijadikan pengajaran penting
kepada Perodua M5 dalam persediaan untuk pusingan terakhir
yang akan berlangsung November ini.
Pengurus pasukan
, Garry Chua jelas kecewa dengan apa yang berlaku tetapi ia
menjadi peringatan penting untuknya.
"Kami sudah banyak belajar kesilapan
pada pusingan ini. Kami akan membina semula semua jentera
lumba dan memastikan komponen yang rosak atau sudah lemah
diganti," kata Chua.
Cody Crocker dan Ben Atkinson dari Motor
Image Rally Team menjuarai edisi rali itu dengan catatan dua
jam 55 minit dan 24 saat - tiga minit 28s di hadapan pasukan
Cusco Racing, Hiroshi Yanagisawa dan Yoshimasa Nakahara.
Perodua Viva 4WD turbo yang dipandu
Lim Leong Onn dan juruarah Khairul Anuar Mohd Razzali terdahulu
mengalami masalah pada hari kedua pusingan kelima di Kota
Tinggi. Masalah pendawaian pada SS11, iaitu SS ketiga di hari
kedua menyebabkan ia tidak dapat meneruskan perlumbaan.
Menurut Garry, masalah pendawaian timbul
ketika SS11 dan ia menyebabkan fius terbakar.
"Masalah tidak dapat dibaiki walaupun
pemandu dan juruarah menggantikan fius, kerana itu Lim dan
Khairul tidak dapat meneruskan rali.
Gandingan adik beradik, Jamaluddin dan
Rozita Tukimin yang memandu Myvi 2WD pula terbabas di hadapan
penonton di SS11, dua selekoh dari penhujung SS. |