Zero
To Hero papar aksi pemanduan lumba kereta Rally
23 February 2009, www.mstar.com.my
 |
| Antara para peserta yang terlibat di
dalam program Zero To Hero. |
BERSEDIAKAH anda
untuk mendengar deruman kereta dan mengikuti aksi-aksi pemanduan
lumba kereta Rally di kaca TV anda?
Pencarian bagi mencari juara baru Kejohanan
Rally Malaysia kini bermula dan sedia untuk berderum di Astro RIA
(saluran 104) pada setiap hari Selasa, jam 10.00 malam bermula 10
March 2009 ini!
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria (saluran
104), Khairul Mizan Shagul: “Di Astro, kami sering akur dengan
kehendak para pelanggan yang dahagakan program-program yang terbaik
dan lain dari yang lain menerusi salurannya yang pelbagai.
"Sebagai contoh, Astro RIA ternyata berjaya
menarik perhatian para penonton melalui program-program realiti
berbentuk hiburan seperti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa.
"Program-program
ini terbukti berjaya meletakkan kedudukannya yang tersendiri di
kalangan para peminat dunia seni hiburan tanahair.
”Terbaru, Astro
RIA terpanggil untuk menayangkan program realiti TV kereta lumba
Rally kerana percaya sukan jenis ini semakin mendapat perhatian
umum terutamanya di kalangan para belia.
"Kami tidak mahu ketinggalan dalam menyuntik
semangat kesukanan itu di kalangan para pencinta sukan lumba kereta
Rally dan para penonton setia kami.
"Istimewanya
program ini ialah apabila kita dapat melihat perkembangan para peserta
yang pada asalnya tidak memiliki apa-apa kemahiran asas kecuali
memandu kereta sehingga bersedia untuk menyertai sesebuah kejohanan.
"Pelbagai aksi
menarik para peserta dapat dilihat dalam usaha untuk memenangi pertandingan
ini."
Zero 2 Hero akan
mengikuti perkembangan para peserta meningkatkan kemahiran memandu
dan mencari arah serta pengetahuan teknikal ke satu tahap yang lebih
meyakinkan sehingga mereka bersedia untuk bertanding di Kejohanan
Rally Malaysia 2009.
Lima belas pasukan
yang terdiri daripada seorang pemandu dan seorang pembantu pemandu
yang datang dari pelbagai latar belakang telah dipilih bagi mengikuti
bengkel teori serta latihan praktikal yang telah ditetapkan.
Pertandingan ini
terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 hingga
30 tahun dan perlu lesen memandu yang sah.
Mereka yang pernah memiliki lesen berlumba
tidak dibenarkan masuk.
Program realiti TV
kereta lumba Rally; Zero 2 Hero sebanyak 5 episod ini tidak mengamalkan
sistem penyingkiran pada setiap minggu tetapi sebaliknya setiap
pasukan dikehendaki untuk mengumpul markah tertinggi.
Pasukan yang mengumpul
markah tertinggi di pusingan keenam Kejohanan Rally Malaysia 2008
akan memperoleh kemenangan dan keputusannya bakal diumumkan di episod
terakhir nanti.
Hadiah utama yang
menanti juara ialah sebuah kereta Rally jenama Proton yang telah
diubahsuai untuk bertanding dalm Kejohanan Rally Malaysia 2009.
Barisan juri yang
akan mengadili program ini terdiri daripada Pengarah Urusan Wheel
Sport Management (WSM), Raja Nor Mazli Raja Tun Mohar serta Pengarah
dan Pengasas Wheel Sport Management (WSM), Tengku Shaharin Abu Bakar
Almarhum Tengku Suleiman.
Ahmad Razman Mustafa,
jurulatih kanan bersama Automobile Association of Malaysia (AAM)
pula akan bertindak selaku ketua jurulatih di sepanjang program.
Pada setiap episod,
pemandu-pemandu dan bekas pemandu yang pernah bertanding dalam Kejohanan
Rally Malaysia akan memberi nasihat dan berkongsi pengalaman kepada
para peserta secara bergilir-gilir.
Pastikan temujanji
anda menonton program realiti TV kereta lumba Rally; Zero 2 Hero
pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 10 March 2009.
Eksklusif di Astro RIA (saluran 104).
|